Jumat, 28 Februari 2014
BARBIE
Barbie ialah sejenis alat permainan anak patung yang
terkenal di dunia. Kebanyakan permainan ini dimainkan oleh golongan perempuan tidak kira kanak-kanak mahupun remaja.
Dia gadis
jelita, moden, bergaya, mempunyai beribu-ribu koleksi pakaian yang cantik,
teman lelaki yang tampan, dan macam-macam lagi. Dia kelihatan sempurna tetapi
hakikatnya dia hanyalah anak patung!
Kenalkah
anda pada Babie? Siapakah yang memperkenalkan anak patung ini kepada dunia?
Ruth Handler antara pengasas syarikat alat
permainan terkemuka. Nattle merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta anak
patung ini. Barbie dicipta pada tahun 1959 dan diperkenalkan kepada dunia di Pameran Alat Permainan Amerika di
bandar New
York.
Sewaktu
diperkenalkan, Barbie merupakan anak patung yang berpakaian fesyen remaja.
Namun, kontroversi tercetus apabila ramai yang mempertikaikan ukuran badan
Barbie iaitu 36, 18, 38, tidak relevan dengan ukuran manusia normal.
Walaupun
begitu, anak patung ini tetap mendapat sambutan dan akhirnya pada tahun 1969,
buat pertama kalinya Barbie mempunyai sepasang kaki yang boleh dibengkokkan.
Bagaimanakah
anak patung Barbie mendapat namanya?
Pencipta
anak patung ini, Ruth, mengambil nama Barbie sempena nama anak perempuannya,
Barbara. "Kekasih" Barbie, Ken pula diambil sempena nama anak lelaki
Ruth.
Subscribe to:
Posting Komentar (Atom)




2 komentar:
sip baguuuuuuuuuuuuuuuussssss (Y)
nice :D
komen balik ya :D
http://www.ifadilahproductions.tk/2014/03/prakerin-minggu-pertama-pt-telkom.html
Posting Komentar